Khamis, 13 Februari 2014

HOMESTAY @ APARTMENT DI CAMERON HIGHLAND



Homestay @ Apartment untuk disewa di CAMERON HIGHLAND bertempat di PUNCAK ARABELLA, TANAH RATA. Homestay tersebut berada di tingkat 3 dan mempunyai (3) bilik dan (2) bilik air yang sesuai untuk keluarga. Harga dari RM200 hingga RM300 mengikut waktu penginapan dan harga yang ditetapkan boleh dirunding sehingga pelanggan berpuas hati.

Booking segera dengan menghubungi AZURA di talian 011-2410 1400. Kedatangan anda amatlah dialu-alukan.
Minyak Kelapa Dara

Tips Kesihatan & Maklumat Penyakit

Sumber maklumat kesihatan dan penyakit – penyakit utama

Apa itu minyak kelapa DARA

minyak kelapa dara
Minyak kelapa dara merupakan minyak yang dikeluarkan dari buah kelapa yang telah cukup matang menggunakan proses khas yang tidak merosakkan struktur asal atau khasiat semulajadi minyak kelapa yang terdapat dalam buah kelapa tersebut. Minyak kelapa yang dara iaitu minyak kelapa dara ini diproses dengan tanpa menggunakan haba ataupun kimia dan minyak kelapa dara menyimpan berbagai khasiat yang tidak diketahui umum.
Terdapat kajian keatas minyak kelapa dara yang telah dibuat oleh pakar negara Barat dari awal tahun 1930an. Sebahagian besar kajian telah dilakukan ke atas penduduk di Kepulauan Pasifik yang mana kelapa merupkan sebahagian besar daripada pemakanan harian. Pakar-pakar tersebut telah merumuskan bahawa terdapat suatu kandungan dalam kelapa yang dipanggil lemak tepu yang boleh memberi berbagai kesan positif ke atas kesihatan manusia. Oleh sebab itulah penduduk Kepulauan Pasifik mempunyai kesihatan yang mantap dan mempunyai kadar berat badan dan ketinggian yang begitu baik. Mereka juga didapati tidak mengalami penyakit kronik seperti jantung atau kanser.
Apa yang terkandung di dalam minyak kelapa dara (VCO) sehinggakan ia boleh digunakan untuk menyembuhkan pelbagai penyakit degeneratif? Pertanyaan ini selalu muncul dalam perbualan seharian. Oleh sebab itu, banyak pihak yang ingin mengkaji untuk meneliti kandungan minyak kelapa dara (VCO).
Daripada hasil beberapa kajian, terbukti minyak kelapa dara (VCO) mempunyai rantai struktur lemak / fatty asid yang kaya dengan ” lauric Oil” yang memberi kebaikan minyak kelapa dara dalam menjaga kesihatan tubuh dan juga sangat berkesan untuk menyembuhkan pelbagai penyakit yang membawa maut, seperti kanser, penyakit jantung, obesiti, dan strok.
Selain itu, kandungan antioksidan dalam minyak kelapa dara (VCO) adalah sangat tinggi. Sebut sahaja tokoferol dan betakaroten, ia berfungsi untuk mencegah penuaan dan menjaga keseimbangan tubuh.

Minyak kelapa adalah makanan penting yang bermanfaat bagi abad ke 21. Dengan terdapatnya maklumat klinikal dan saintifik tentang sifat-sifat antimikrobialnya yang menyihatkan dalam minyak kelapa dara secara khusus dan minyak kelapa secara umum, menjadikannya sangat menarik.
-Prof.Dr.Mary G.Enig Director, Nutritional Science Division,Enig Associates, Inc. 11120 New Hampshire Avenue500 Silver Spring, MD 20904-2633 U.S. 
“ Minyak kelapa dara adalah minyak paling menyihatkan di dunia”.
-Dr. Bruce Fife (Doctor Naturopati – USA)
Minyak kelapa dara mempunyai sifat-sifat anti virus, anti bacteria, anti kulat dan anti parasit semulajadi yang membantu mengawal berbagai penyakit”.
-Dr. John J. Kabara (Universiti Michigan –USA)
“Minyak kelapa dara berdiri gagah sebagai minyak yang paling menyihatkan yang boleh anda gunakan. Ia mengandungi selautan khasiat kesihatan serta khazanah penyelidakan yang benar-benar berharga. Saya sesungguhnya sangat inginkan agar anda menjadikan minyak kelapa dara sebagai sebahagian daripada pelan harian pemakanan anda”.
-Dr. Mark Atkinson, Holistic Medical Physician MBBS Bsc (Hons) FRIPHH FCMA BETD SAC DIP   (Clinical Nutrition)

Ahad, 2 Februari 2014

Mesti Baca! Kisah Syaitan Membantu Ke Masjid!

Seorang pemuda buta bangun awal pagi untuk solat subuh di Masjid. Dia berpakaian, berwudhu dan berjalan menuju masjid. Di tengah jalan menuju masjid, pemuda tersebut jatuh dan pakaiannya kotor.

syaitan+bantu Mesti Baca! Kisah Syaitan Membantu Ke Masjid!

Dia bangkit, membersihkan bajunya, dan pulang kembali ke rumah. Di rumah, dia berganti baju, berwudhu, dan, LAGI, berjalan menuju masjid . Dalam perjalanan kembali ke masjid, dia jatuh lagi di tempat yang sama! Dia, sekali lagi, bangkit, membersihkan dirinya dan kembali ke rumah. Di rumah, dia, sekali lagi, berganti baju, berwudhu dan berjalan menuju masjid .
Di tengah jalan menuju masjid , dia bertemu seorang lelaki dan memimpinnya. Dia menanyakan identiti lelaki tersebut, dan menjawab “Saya melihat anda jatuh 2 kali di perjalanan menuju masjid, jadi saya mahu bantu anda..”
Pemuda tersebut mengucapkan terima kasih dan mereka berdua berjalan ke masjid . Saat sampai di masjid , pemuda buta itu bertanya kepada lelaki yang memimpinnya untuk masuk dan solat subuh bersamanya, lelaki itu menolak, pemuda itu mengajak lagi hingga berkali kali dan, lagi, jawapannya sama.
Pemuda bertanya, kenapa menolak untuk masuk dan solat?
lelaki itu menjawab
“Aku adalah IBLIS”
Pemuda itu terkejut dengan jawapan lelaki itu.
Syaitan kemudian menjelaskan, ‘Saya melihat kamu berjalan ke masjid , dan sayalah yang membuat kamu terjatuh. Ketika kamu pulang ke rumah, membersihkan badan dan kembali ke masjid, Allah memaafkan semua dosa dosamu.
Saya membuatmu jatuh kali kedua, dan bahkan itupun tidak membuatmu berubah fikiran untuk tinggal di rumah, kamu tetap memutuskan kembali masjid .
Kerana hal itu, Allah memaafkan dosa dosa seluruh anggota keluargamu.
Saya KHUATIR jika saya membuat kamu jatuh untuk kali ketiga, jangan jangan Allah akan memaafkan dosa dosa seluruh penduduk desamu, jadi saya harus memastikan bahawa anda sampai di masjid dengan selamat….’
Moral:
Jangan biarkan Syaitan mendapatkan keuntungan dari setiap aksinya. Jangan melepaskan sebuah niat baik yang hendak di lakukan kerana kita tidak pernah tahu ganjaran yang akan kita dapat dari segala kesulitan yang kita temui dalam usaha kita untuk melaksanakan niat baik tersebut .
Wallahua’lam..

HARI KELEPASAN AM PERSEKUTUAN DAN JADUAL PERSEKOLAHAN TAHUN 2014

Jadual Hari Kelepasan Am Persekutuan
Kalender Persekolahan 2014

Lawatan Ke Pulau Langkawi