Khamis, 13 Februari 2014

Minyak Kelapa Dara

Tips Kesihatan & Maklumat Penyakit

Sumber maklumat kesihatan dan penyakit – penyakit utama

Apa itu minyak kelapa DARA

minyak kelapa dara
Minyak kelapa dara merupakan minyak yang dikeluarkan dari buah kelapa yang telah cukup matang menggunakan proses khas yang tidak merosakkan struktur asal atau khasiat semulajadi minyak kelapa yang terdapat dalam buah kelapa tersebut. Minyak kelapa yang dara iaitu minyak kelapa dara ini diproses dengan tanpa menggunakan haba ataupun kimia dan minyak kelapa dara menyimpan berbagai khasiat yang tidak diketahui umum.
Terdapat kajian keatas minyak kelapa dara yang telah dibuat oleh pakar negara Barat dari awal tahun 1930an. Sebahagian besar kajian telah dilakukan ke atas penduduk di Kepulauan Pasifik yang mana kelapa merupkan sebahagian besar daripada pemakanan harian. Pakar-pakar tersebut telah merumuskan bahawa terdapat suatu kandungan dalam kelapa yang dipanggil lemak tepu yang boleh memberi berbagai kesan positif ke atas kesihatan manusia. Oleh sebab itulah penduduk Kepulauan Pasifik mempunyai kesihatan yang mantap dan mempunyai kadar berat badan dan ketinggian yang begitu baik. Mereka juga didapati tidak mengalami penyakit kronik seperti jantung atau kanser.
Apa yang terkandung di dalam minyak kelapa dara (VCO) sehinggakan ia boleh digunakan untuk menyembuhkan pelbagai penyakit degeneratif? Pertanyaan ini selalu muncul dalam perbualan seharian. Oleh sebab itu, banyak pihak yang ingin mengkaji untuk meneliti kandungan minyak kelapa dara (VCO).
Daripada hasil beberapa kajian, terbukti minyak kelapa dara (VCO) mempunyai rantai struktur lemak / fatty asid yang kaya dengan ” lauric Oil” yang memberi kebaikan minyak kelapa dara dalam menjaga kesihatan tubuh dan juga sangat berkesan untuk menyembuhkan pelbagai penyakit yang membawa maut, seperti kanser, penyakit jantung, obesiti, dan strok.
Selain itu, kandungan antioksidan dalam minyak kelapa dara (VCO) adalah sangat tinggi. Sebut sahaja tokoferol dan betakaroten, ia berfungsi untuk mencegah penuaan dan menjaga keseimbangan tubuh.

Minyak kelapa adalah makanan penting yang bermanfaat bagi abad ke 21. Dengan terdapatnya maklumat klinikal dan saintifik tentang sifat-sifat antimikrobialnya yang menyihatkan dalam minyak kelapa dara secara khusus dan minyak kelapa secara umum, menjadikannya sangat menarik.
-Prof.Dr.Mary G.Enig Director, Nutritional Science Division,Enig Associates, Inc. 11120 New Hampshire Avenue500 Silver Spring, MD 20904-2633 U.S. 
“ Minyak kelapa dara adalah minyak paling menyihatkan di dunia”.
-Dr. Bruce Fife (Doctor Naturopati – USA)
Minyak kelapa dara mempunyai sifat-sifat anti virus, anti bacteria, anti kulat dan anti parasit semulajadi yang membantu mengawal berbagai penyakit”.
-Dr. John J. Kabara (Universiti Michigan –USA)
“Minyak kelapa dara berdiri gagah sebagai minyak yang paling menyihatkan yang boleh anda gunakan. Ia mengandungi selautan khasiat kesihatan serta khazanah penyelidakan yang benar-benar berharga. Saya sesungguhnya sangat inginkan agar anda menjadikan minyak kelapa dara sebagai sebahagian daripada pelan harian pemakanan anda”.
-Dr. Mark Atkinson, Holistic Medical Physician MBBS Bsc (Hons) FRIPHH FCMA BETD SAC DIP   (Clinical Nutrition)

Tiada ulasan: